Minggu, 11 Mei 2008

Membina jiwa Tabah

Hamba Allah yang bertaqwa, jika beribadah dan beramal soleh hanya mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya dengan kederhakaan dan ketaatan kita tidak sedikitpun mengurangi kekuasaan dan kebesaran Allah. Jika kita beramal semata-mata ingin memperolehi kenikmatan dunia yang sedikit, kemudian jika diuji dengan kegagalan lalu meninggal amal ibadah yang selama ini dilaksanakan, maka jelaslah amalan kita tersebut sekedar permainan dan senda gurau semata bukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Seandainya ini yang terjadi dalam kehidupan seseorang, maka segeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah serta perbaikilah amalan dan ibadah seharian kita.

Segala sesuatu yang ditimpakan kepada kita sebenarnya tersimpan seribu satu hikmah yang sangat sukar diketahu oleh seseorang. Jika kehilangan wang puluhan ribu umpamanya, apakah wang kita tersebut benar-benar bersih seperti dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Jika wang tersebut telah dikeluarkan hak orang lain seperti zakat dan sedekah namun masih ditipu oleh orang lain, kemungkinan itu dugaan daripada Allah, agar kita bersabar. Namun jika wang banyak tersebut tidak pernah dikeluarkan zakat ataupun sedekahnya akhirnya ditipu orang lain, kemungkinan juga ia merupakan peringatan, agar kita sentiasa mengingat Allah, dan agar kita mengetahui bahawa hak memberi rezeki itu hanya milik Allah. Sesungguhnya Allah untuk memberi kepada orang dikehendakinya dan mengambil kembali kepada orang yang dikehendakinya pula.

Sedangkan rasa sakit yang ditimpakan kepada tubuh kita itu juga merupakan dugaan dan rahmat daripada Allah agar kita dapat menghisab ataupun muhasabah diri bahawa nikmat sihat dan sakit itu hanya Allah SWT yang berhak memberinya. Suatu hari isteri nabi Ayub menyuruh agar nabi Ayub berdoa kepada Allah supaya penyakit tersebut disembuhkan olehNya. Namun nabi Ayub bertanya, "berapa tahunkah aku sakit ?". Isterinya menjawab, "sembilan tahun". Kemudian nabi Ayub bertanya lagi. "berapa tahunkah aku sihat". Isterinya menjawab: "Lapan puluh tahun". Maka nabi Ayub menjawab; Aku telah menikmati kesihatan lapan puluh tahun, sedangkan aku sakit baru sembilan tahun, jadi sesungguhnya aku malu dengan Allah SWT". Jadi janganlah mengeluh dengan penyakit yang ditimpakan Allah kepada kita, kerana didalam penyakit yang diberikan itu tersimpah beribu hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya.

Selaku hamba yang mempercayai kebesaran dan keagunganNya banyakkanlah beramal dan berdoalah dengan rasa harap dan takut, iaitu mengharap keberkatan dan rahmatNya dan merasa takut dengan ditoloknya permohonan tersebut. Berdoalah dengan memenuhi syarat dan adabnya agar doa kita itu dikabulkan Allah SWT. Hindarilah perasaan putus asa yang menyebabkan kita menjadi insan yang merugi dan akan tergolong ke dalam orang-orang ingkar.Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Penawar Jiwa DN 049

^ Kembali ke atas ^

709. Solat Ketika Waktu Kerja
Soalan:
Apakah hukumnya kita bersembahyang(zohor) di waktu pejabat.Sedangkan kita punyai waktu untuk mengerjakannya pada masa rehat iaitu 12.45 hingga 2.00 petang? Apakah sah sembahyang kita itu?

Suhaimie, Dungun
Jawapan:
Di dalam Islam bekerja juga dinilai sebagai ibadah, sebab didalam bekerja itu seseorang bertujuan memenuhi tanggungjawabnya terhadap dirinya sendiri keluarganya dan yang lainnya. Kerja sebagai ibadah jika pekerjaan yang kita lakukan itu tidak bertentangan dengan agama, dan hendaklah diniatkan untuk memenuhi keperluan hidup kerana Allah semata dan demi untuk mengabdi kepadanya. Disamping itu kerja dinilai sebagai ibadah jika kita bekerja sesuai dengan ketentuan dan persetujuan yang telah ditentukan antara majikan dan pekerja. Jika pekerja mensia-siakan waktu bekerjanya sedangkan dia digaji menurut yang ditentukan, maka jika ia menggunakan waktu tersebut untuk keperluan selain yang telah dipersetujui maka hukumnya berdosa. Dikhuatirkan rezeki yang kita perolehi tidak setimpal dengan kerja yang kita laksanakan, akhirnya tergolong rezeki yang haram.

Islam menganjurkan agar kita menyegerakan mengerjakan solat. Maka adalah lebih baik setelah masuk waktu solat segera mengerjakannya. Walaupun solat yang kita kerjakan dengan menggunakan waktu bekerja hukumnya sah, namun menggunkan waktu bekerja bererti mengabaikan tanggungjawab kita.

Tidak ada komentar: