Minggu, 11 Mei 2008

TANDA TANDA KIAMAT

Menjadi keyakinan kita bahawa kiamat pasti akan beralaku, namun kita tidak diberitahu bilakah kiamat itu akan berlaku. Cuma di dalam al Quran dan hadis ada disebutkan tanda-tanda sebelum kiamat itu terjadi. Semoga dengan panduan terhadap tanda-tanda tersebut memberikan suatu peringatan buat kita yang sentiasa lupa dan bersedia menanti hari yang paling menakutkan itu. Bagi orang yang beriman menganggap itu adalah tanda-tanda kekuasaaan Allah yang perlu dihadapi dengan amal takwa dan hati yang tenang.

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa suatu hari Rasulullah SAW dihadapan orang ramai dikunjungi oleh malaikat Jibril as. dan bertanya: "Wahai Rasulullah SAW bilakah datangnya hari kiamat ?. Rasulullah SAW menjawab: "Tidaklah yang ditanya itu lebih mengerti daripada yang bertanya., tetapi saya hendak memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya, iaitu apabila hamba sahaya wanita melahirkan tuannya, itulah diantara tanda-tandanya. Dan juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan pengembala kambing telah menjadi pemimpin-pemimpin manusia. Begitu juga apabila pengembala kambing sudah bermegah-megahan dalam bangunan-bangunan pencakar langit, maka itulah tanda-tandanya". ( Riwayat Ibn Abi Syaibah) Dalam hadis yang lain dari Anas as. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya setengah dari tanda-tanda hari kiamat ialah: ilmu diangkat, nampaknya kebodohan, perzinaan tersebar luas, khamar diminum dengan berleluasa, kaum wanita lebih banyak jumlahnya sehingga perbandingan 50 wanita dengan seorang lelaki". (Bukhari dan Muslim) Banyak lagi tanda-tanda kecil kiamat tersebut, seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Dalam hadis yang lain juga diterangkan tentang tanda-tanda besar menjelang kiamat seperti, matahari terbit dan muncul dari arah barat, munculnya binatang ajaib yang dapat berbicara, keluarnya imam mahdi, keluarnya al masih Dajjal, keluarnya bangsa Ya'juj Ma'juj, turunnya Nabi Isa as. keluarnya asap atau awan, rosaknya Kaabah, lenyapnya al quran dari mushaf dan hati serta kebanyakan manusia menjadi kafir.

Mengenai tanda-tanda datangnya hari kiamat itu telah diingatkan oleh Allah dalam Al Quran iaitu: "Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang". (Muhammad ayat 18)
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Peringatan Di Akhir Zaman DN 102

2. Persediaan di Hari Kematian & Pengadilan di Hari Kebangkitan
DN 024

Tidak ada komentar: